Wednesday, 1 April 2015

Langkah- langkah yang boleh diambil penolong pegawai kesihatan persekitaran bagi menangani masalah penyakit berjangkit ketika aktiviti yang melibatkan perkumpulan manusia di sesuatu tempat

PENCEGAHAN PEMBAWAAN PENYAKIT BERJANGKIT


MEMASUKI DAN MEMERIKSA KENDERAAN DAN LANGKAH LANGKAH SELEPAS ITU

  • Memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia.
  • Membuat pemeriksaan perubatan ke ats mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana- mana kenderaan sedemikian
  • Mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.
  • Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana bahagian sesuatu  mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang tercemar atau berinfesi dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus. 
PENGASINGAN ORANG YANG DIJANGKITI DAN ORANG YANG DISYAKI

- Seseorang pegawai diberi kuasa memindahkan orang yang menghidap penyakit tersebut ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan
- Boleh menahan orang itu di stesen sehingga di aboleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

PERINTAH BAGI PEMERIKSAAN MAYAT

- Dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke suatu tempat yang ditetapkannya bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirnya perlu. ( mati akibat suatu penyakit berjangkit )

PENGURUSAN ORANG MATI 

-  Seseorang pegawai diberi kuasa telah memberikan arahan cara-cara mayat itu akan dikebumikan atau dibakar (mati akibat sesuatu penyakit berjangkit).

MEMBASMI KUMAN DAN MENUTUP PREMIS
  • Memeriksa premis itu, barang-barang dan binatang di premis itu bagi tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti.
  • Memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus
  • Memerintahkan supaya premis itu atau mana0mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus.
PEMUSNAHAN STRUKTUR
  • Boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur dimana  suatu kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi kuman.
MEMERINTAHKAN KENDERAAN TERTENTU DIBASMI KUMAN

-  Pegawai itu boleh menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman sekiranya sesuatu kenderaan yang digunakan itu menghidap penyakit berjangkit.


RUJUKAN : PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT