Tuesday, 3 February 2015

Hawar (plague )

PENGENALAN


  • Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus berlaku di merata tempat di seluruh dunia.
  • Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan di sebahagian besar Asia.
  • Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak

AGEN PENYEBAB : 

Yersinia pestis


CARA JANGKITAN

  • Jangkitan kutu yang menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia.
  • Jangkitan manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan.
  • Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar ( contoh : tisu/tuala) atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti.

TEMPOH PENGERAMAN 

1hingga 7 hari 

Pelancong adalah berisiko rendah. Walaubagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana penyakit biasa berlaku di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus.


TANDA DAN GEJALA

  1. Demam
  2. batuk
  3. Bengkak yang sakit di pangkal peha, leher dan ketiak
  4. Muntah

JANGKITAN TERBAHAGI KEPADA TIGA JENIS :-

i) Hawar Bubonik 

- Berpunca dari gigitankutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar limfa (limfadenetis) dan sekitar kelenjar limfa.
- Ciri utama : bengkak yang sakit dan bernanah.

ii) Hawar Septisemik

- Merebak dari wabak bubonik atau berlaku semasa ketiadaan limfadenitis.
- Jangkitan menular ke dalam aliran darah yang menyebabkan keradangan di selaput otak (meningitis), renjatan endotoksid dan pendarahan yang teruk akibat penggumpulan intravasel tersebar( Disseminated Intravascular Coagulation - DIVC)

iii) Hawar Pneumonik

- jangkitan boleh menular ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia yang teruk
- Pesakit boleh merebakkan penyakit melalui titisan cecair pernafasan.
- Individu yang  yang terkena titisan/cecair tersebut boleh mendapatkan jangkitan paru-paru.

PENCEGAHAN

  • Elakkan memegang tikus yang hidup atau mati
  • Elakkan berada di tempat yang sesak
  • Elakkan gigitan kutu dengan menggunakan repelan dan racun serangga
  • Elakkan mengendali tikus mati dan laporkan kepada pihak kesihatan jika terjumpa tikus mati
  • Jika berhubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan menyentuh cecair tubuh pesakit dan dapatkan rawatan awal
  • Simpan dan lupuskan sisa makanan/sampah dengan betul supaya tikus tidak mencerobohi makanan dan tempat tinggal anda.

RUJUKAN : HAWAR  



No comments:

Post a Comment